Home » TEKNOLOGI DAN AUTOMOTIF » Honda Lancar Motor CB190R Di China

Honda Lancar Motor CB190R Di China

Mungkinkah model motosikal terbaru Honda CB190R dan CBF190R yang baru-baru ini dilancarkan di negara China akan dieksport ke negara kita Malaysia? Peminat-peminat motosikal pastinya teruja dengan pelancaran model motosikal Honda yang baru ini. Walaupun ianya hanya dilancarkan untuk pasaran domestik di negara China. Jadi jom kita baca tentang berita Honda Lancar Motor CB190R Di China ini yang dipetik dan dikongsi dari laman permotoran terkenal negara iaitu ArenaPermotoran.Com

Honda CB190R
Honda CB190R

“Pada 25 Ogos 2015 yang lalu, Honda telah melancarkan dua model sport terbaharu CB190R dan CBF190R untuk pasaran negara China. Menurut Honda, CB190R dikeluarkan dan diedarkan oleh Wuyang-Honda Motors (Guangzhou) Co., Ltd., manakala CBF190R oleh syarikat jualan terbaru Honda Motor Co.

Honda CB190R dan CBF190R merupakan produk domestik untuk negara China, dengan jualannya bermula dalam bulan Oktober 2015. Apa yang menariknya, Honda mengesahkan pada masa depan CB190R akan dieksport ke pasaran luar supaya lebih ramai berpeluang merasai pengalaman menunggangnya. Adakah ini bermakna CB190R akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia? Menarik untuk kita tunggu.

Honda CB190R dan CBF190R dilengkapi enjin 190cc yang digandingkan dengan teknologi terkini, antaranya yang sangat terkenal ialah teknologi “PGM-FI” Honda yang unik dan cekap. Berikut ialah spesifikasi Honda CB190R dan CBF190R untuk pasaran di negara China.” ( rujuk sini untuk spec & lebih banyak gambar )

Gambar adalah hak milik : Motorfan.com.cn

Check Also

Gambar Nissan Navara Black Siries

Gambar Nissan Navara Black Siries. Nissan Navara Black Siries kini telah diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *