Home » TEKNOLOGI DAN AUTOMOTIF » Honda Wave 125i Hanya RM5999

Honda Wave 125i Hanya RM5999

Honda Wave 125i Hanya RM5999 untuk model single disc brake dan RM6299 untuk model double disc brake. Boon Siew Honda (BSH) kini memperbaharui model Wave 125i, yang sebelum ini sudah berada di pasaran sejak awal tahun 2017. Selain tiga pilihan warna merah, biru dan kelabu dengan grafik baru, model ini turut mempunyai perubahan pada beberapa bahagian lain.

Honda Wave 125i Hanya RM5999
Honda Wave 125i Hanya RM5999

Ini termasuklah lampu hadapannya. Jika sebelum ini ia kelihatan seperti mempunyai pembahagi di tengah, Wave 125i baru ini sekarang menggunakan satu unit tunggal dan ia terdiri daripada sistem LED yang dikatakan lebih terang. Kemudiannya di bahagian panel bawah, lampu penunjuk arahnya dijadikan lebih panjang ke bawah.

Walaupun cuma diberikan dengan gambar bahagian depan oleh BSH, kami menjangkakan pembaharuan lain pada Wave 125i ini adalah sama seperti model yang tiba di pasaran Thailand Ogos lalu, yang termasuk bahagian belakang dengan lampu yang diubah dengan unit yang nampak lebih kemas dan elegan. SUMBER

Check Also

Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70

Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70

Video Ciri-Ciri Canggih Proton X70. Pastinya semua rakyat Malaysia teruja dengan pelancaran model baru dari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *