Home » BERITA » Hospital Sultanah Aminah Terbakar

Hospital Sultanah Aminah Terbakar

Ini ada berita berkaitan Hospital Sultanah Aminah Terbakar pagi tanda. Menurut beberapa laporan dari pihak akhbar-akhbar tempatan kebakaran ini agak serius juga keadaannya. Admin memetik laporan penuh dari pihak BH Online yang menyebut bahawa Tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengalami kebakaran.Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad IUC dua tingkat berkenaan yang terletak di bahagian selatan hospital telah terbakar.

gambar-wad-icu-hospital-sultanah-aminah-jb-terbakar

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan. Ada sahabat admin yang memberi beberapa info berkaitan kejadian kerana beliau memang berada di HSA. Antara ringkasan laporan beliau setakat ini adalah :

– mangsa maut 4 perempuan 2 lelaki
– punca awal siasatan awal setakat maklumat terkini berpunca dpd pendawaian (wad icu selatan)
– jumlah pesakit dalam block kebakaran 294 pesakit dan 193 staf
– 3 staf terhidu asap
– 1 pesakit wad kecemasan mengalami kebakaran 80%
– 6 mangsa rentung
– kebakaran terjadi di block utama ICU
– tidak mendapati unsur-unsur jenayah

Untuk lebih banyak info & gambar sila ke FB di bawah ini

https://www.facebook.com/suffer8zine/posts/1357682540910069

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

One comment

  1. Semoga segala urusan dipermudahkan. Takziah buat semua waris mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *