Home » BERITA » ASNB UMUM DIVIDEN 2015

ASNB UMUM DIVIDEN 2015

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu pengumuman rasmi oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tentang berapakah jumlah keuntungan atau dividen yang akan diperolehi oleh semua pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 2015 ini. Jadi pihak ASNB UMUM DIVIDEN 2015 semalam dan juga hari ini. Dan kenyataan ini telah pun dikeluarkan oleh pihak akhbar tempatan.

Kadar dividen ASB 2015 adalah pada kadar 7.25 dan bonus adalah 0.50 sen sesaham berbeza dengan dividen ASN di mana ia diberi 6.10 sen sesaham. Jadi kepada semua pelabur-pelabur ASB dan ASN anda sudah mula boleh mencongak berapakah keuntungan dividen yang anda perolehi. Bagaimana anda ingin mengira keuntungan? Jangan khuatir admin kongsikan kepada anda kalkulator bagaimana anda boleh mengira dengan mudah dividen ASB atau ASN anda bagi tahun 2015.

Kadar Dividen ASB ASN 2015
Kadar Dividen ASB ASN 2015

Semoga pengumuman ini akan menceriakan anda semua. Bukan apa boleh lah keuntungan tersebut diambil bagi dibelanjankan untuk awal tahun 2016 nanti. Seperti semua maklum anak-anak akan memulakan sesi persekolahan dan kadar keuntungan ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban sekeluarga.

Pengagihan keuntungan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang secara automatik dan pemegang unit boleh mengemaskini akaun masing-masing di cawangan berdekatan bermula 4 Januari 2015.Kesemua transaksi bagi ASB di ibu pejabat ASNB atau cawangan digantung bermula 24 Disember 2015 hingga 3 Januari 2016 bagi membolehkan pengiraan pengagihan keuntungan dan bonus dilakukan.

Untuk mengira kadar dividen anda untuk tahun 2015 anda hanya perlu klik pada pautan ini dan masukan apa yang diminta. Sila klik Kalkulator ASB 2015.

 

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *