Home » INFORMASI » Hukum Main COC

Hukum Main COC

Hukum Main COC
Hukum Main COC

COC adalah permainan video online yang tidak perlu diperkatakan lagi. Hampir semua mereka yang mempunyai telefon pintar pasti akan memuatnaik ke dalam telefon mereka. Permainan yang menguji strategi ini dikatakan banyak memberi keburukan kepada si pemainnya. Tetapai bagi admin jika kita pandai membahagikan masa ia nya tidak menjadi masalah. Jadi admin ingin berkongsi apakah Hukum Main COC. Jom kita fahami apa yang Majlis Fatwa Kebangsaan katakan tentang isu apakah Hukum Main COC.

ISU:

Apakah hukum jika kita terus bermain game clash of clans? Hal ini kerana ada pernyataan yg mengatakan bahawa bermain permainan ini menghina islam.

PENJELASAN:

Permainan Clash of Clans merupakan satu jenis video game yang berasal daripada Helsinki, Finland.  Ia boleh diakses secara atas talian melalui telefon pintar dan sebagainya.  Game ini dilihat sebagai menguji minda pemain untuk membina komuniti, melatih askar dan menyerang pemain yang lain untuk mendapatkan mata ganjaran.  Mata yang dimenangi akan digunakan sebagai modal untuk membina pertahanan daripada serangan pemain yang lain, selain melatih dan memperkukuhkan tentera.

Ada pihak yang menyatakan apabila pemain bermain di tahap 5-7 akan menjumpai gambar raja Mesir atau Firaun dan juga imej babi.  Ini dikatakan boleh melalaikan umat Islam, memecah belahkan masyarakat, membawa penceraian suami isteri, solat lewat, tidak bermasyarakat, tidak dapat menumpukan kepada kerja, tidak mempedulikan keluarga dan pelbagai lagi.

Sebagai panduan asas, sebarang bentuk game yang mempunyai penghinaan yang jelas terhadap agama Islam, Nabi Muhammad dan berkaitan agama maka ia adalah haram.

Begitu juga sebarang bentuk game yang melalaikan sehingga meninggalkan ibadat seperti sembahyang pada waktunya juga tidak harus.

Sebagai umat Islam kita perlu mengambil panduan ajaran Islam dalam sebarang bentuk kerja yang kita lakukan.  Permainan game merupakan satu bentuk hiburan yang pada asalnya adalah harus.  Walaubagaimanapun jika permainan itu melibatkan perkara-perkara yang mengharamkan seperti menghina agama dan membuatkan pemainnya lalai maka ia adalah haram dan tidak harus.

Kesimpulannya game Clash of Clans adalah harus dengan syarat tiada penghinaan terhadap agama Islam dan membuatkan orang Islam meninggalkan kewajipan seperti solat.  Ini kerana ia merupakan satu bentuk hiburan.  Jika semata-mata ada imej Firaun dan gambar babi, maka ia tidak menjadi sabit kepada hukum haram.

Wallahu a’lam

p/s : jadi kepada semua pemain COC jangan lalai walaupun kita kaki game ini
😉

SUMBER

Check Also

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 …

One comment

  1. ada yang sanggup beli HP baru utk main COC
    aku tak cukup masa nak main

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *