Home » HIBURAN » Idayu juara AF Mega Star 2017 Musim Pertama

Idayu juara AF Mega Star 2017 Musim Pertama

Idayu juara AF Mega Star 2017 Musim Pertama . Idayu telah dinobatkan sebagai juara AF Megastar 2017 pada konsert akhir malam tadi yang telah berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaacob meraih wang tunai berjumlah RM100,000.00 selain hadiah percutian selama 10 hari ke Turki, e-Gift daripada Go Shop bernilai RM6,000.00 dan sebuah trofi.

Idayu juara AF Mega Star 2017 Musim Pertama
Idayu juara AF Mega Star 2017 Musim Pertama

Idayu yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) menyanyikan dua buah lagu iaitu ‘My All’ nyanyian asal Mariah Carey dan single terbaharu berjudul ‘Selamanya’. Selain kemenangan Idayu konsert akhir tersebut turut mengumumkan Anugerah ‘Ultimate Performer’ yang diberikan kepada Syamel, sementara Marsha memenangi Anugerah Terlajak Laris D’Herbs.

Sebelum bermula persaingan antara semua peserta akhir AF Megastar tirai konsert akhir ini telah dimulakan oleh persembahan khas rappers terkenal Malaysia Joe Flizzow dan Sonaone dengan membawakan dua buah lagu hits mereka Apa Khabar dan Havoc. Turut tidak ketinggalan Alif Satar juga turut membuat persembahan.

Untuk makluman, konsert akhir AF Megastar 2017 ini berformatkan 60 peratus markah juri dan 40 peratus undian penonton, konsert akhir ini menampilkan Datuk Awie selain mengekalkan Datuk Ramli MS dan Shafinaz Selamat sebagai juri tetap.

 

Berikut adalah senarai peserta dan lagu yang dipersembahkan oleh kelima-lima peserta akhir tersebut:

Bob
Single baharu: Terbuang Dalam Pelukan
Komposer – Hafiz Hamidun
Lirik – Bob Yusof
Lagu pilihan : Bukan Dia Tapi Aku – Judika

Marsha
Single baharu : Hilang
Komposer – Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lirik – Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lagu pilihan : Pilihlah Aku – Krisdayanti

Idayu
Single baharu: Selamanya
Komposer – Amylea Azizan
Lirik – Amylea Azizan
Lagu pilihan: My All – Mariah Carey

Syamel
Single baharu: Biar Cinta
Komposer – Syamel
Lirik – Syamel
Lagu pilihan : Seniman Menangis – Jamal Abdillah

Shahir
Single baharu: Mama Jangan Pergi
Komposer – Shahir & Awi Rafael
Lirik – Shahir & Awi Rafael
Lagu pilihan : Tapi Bukan Aku – Kerispatih

Tahniah kepada semua pemenang pada Konsert Akhir AF Megastar 2017 terutama kepada Idayu.

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua & Senarai Pelakon. Seperti yang semua yang meminati drama jam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *