Iklan Jawatan Kosong Guru Tahfiz KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Tahfiz secara kontrak di sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Untuk itu anda boleh rujuk entry ini bagi mendapatkan maklumat terperinci Iklan Jawatan Kosong Guru Tahfiz KPM tersebut.

 

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari laman sesawang Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat :
http://www.jobsmalaysia.gov.my mulai 26Oktober 2015 ( Isnin ).Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan selama tempoh kontrak.
Permohonan yang berjaya ditawarkan tempat , hendaklah bersetuju dan patuh dengan syarat kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan setelah tamat berkursus.Pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat kebenaran dan salinan kenyataan rekod perkhidmatan daripada ketua jabatan semasa temu duga.
Iklan Jawatan Kosong Guru Tahfiz KPM
Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan secara email dan calon dikehendaki membawa
salinan cetakan email semasa temu duga.Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas Januari 2016 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman
secara bersurat kepada pemohon.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
9 NOVEMBER 2015(ISNIN), SEBELUM
JAM : 11.59 MALAM
ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan
berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS BAWAH & 2
NO 2251, JALAN USAHAWAN 1,
BANGUNAN MUSTAPHA KAMAL,
63000 CYBERJAYA
SELANGOR DARUL EHSAN
(u.p : Sektor
Operasi Pendidikan Islam)
No. Telefon : 03-8321 7300/7299/7322/7366/7282

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *