Home » JAWATAN KOSONG » Iklan Jawatan Kosong UiTM

Iklan Jawatan Kosong UiTM

Berikut admin PANEH MIANG kongsikan kepada semua berkaitan dengan Iklan Jawatan Kosong UiTM Dungun, Terengganu Darul Iman. Adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi Iklan Jawatan Kosong UiTM seperti yang berikut :-

  1. Pembantu Tadbir ( Perkeranian/Operasi) N17
  2. Penyelia Asrama N17
  3. Pengawal Keselamatan KP11

Ketiga-tiga jawatan adalah berstatus TETAP. Dan tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Disember 2015. Jadi untuk memohon dan maklumat lengkap berkaitan Iklan Jawatan Kosong UiTM tersebut anda semua hanya perlu klik pada pautan di bawah ini

  1. Maklumat Jawatan
  2. Download Borang Jawatan Kosong UiTM
Iklan Jawatan Kosong UiTM

Sejarah Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latihan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan singkatan bagi Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera. Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato’ Onn bin Ja’afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951.

Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM).

Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).UiTM mempunyai 2 buah lagu iaitu “UiTM Di Hatiku” dan “Wawasan Setia Warga UiTM”.

 

 

 

Check Also

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017 atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *