Home » INFORMASI » Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia

Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia

Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia untuk anda semua ketahui terutamanya kepada mereka yang memang gemar makan durian atau lebih mudah untuk dipanggil “hantu durian”. Sebelum kita ketahui Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia ini kita kenali DURIAN secara amnya dahulu. Durian dikenali sebagai Durio zibethinus Murr (nama saintifik) dan berasal dari keluarga Bombaceae. Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.

Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia
Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia

Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang. Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.

Mari kita lihat klon-klon durian yang ada di Malaysia:

Musang King
Musang King

1. Mao Shan Wang/ Musang King
Nama Lain: Butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit
Warna: Kuning terang
Asal: Kelantan, Pahang dan Johor
Ciri : Manis dan Pahit, Teksttur berkrim. Warna isi terlalu kuning dari biasa, harga mencecah RM30/kg, Besar (2-2.5 kg)

 

XO
XO

2. XO
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Warna kuning, isi tebal bertekstur halus, rasa lemak manis, sedikit pahit dan aroma kuat
Ciri khas: Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata

 

 

 

 

D24
D24

3. D24
Nama Lain: Sultan
Warna: Kuning pucat
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Ciri khas: Duri tajam, biji besar, mudah merekah dan masak tak serata
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands

 

D13
D13

4. D13
Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat

 

D1
D1

5. D1
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor

 

D101
D101

6. D101
Warna: Kuning kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor

 

Red Prawn
Red Prawn

7. Red Prawn
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor

 

Green Bamboo D
Green Bamboo D

8. Green Bamboo D
Nama Lain: Qing Zhu
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan
Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan
Asal: Johor

 

Black Pearl
Black Pearl

9. Black Pearl
Nama Lain: Hei Zhen Zhu
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor

 

Golden Phoenix
Golden Phoenix

10. Golden Phoenix
Nama Lain: Jin Feng
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam

Catatan : Semua Info Jenis-Jenis Durian di Malaysia & gambar adalah diambil dari blog MyAgri.com.my 

Sebarang pertanyaan boleh terus kepada MyAgri

Check Also

Cara Semak BR1M 2018 Online

Cara Semak BR1M 2018 Online

Cara Semak BR1M 2018 Online. Untuk semua pemohon-pemohon BR1M 2018 YAB Perdana Menteri telah mengumumkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *