Home » INFORMASI » Informasi Lengkap Bantuan Sara Hidup 2019

Informasi Lengkap Bantuan Sara Hidup 2019

Informasi Lengkap Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH 2019). Berikut kami kongsikan maklumat penting bagaimana anda sebagai salah seorang warganegara Malaysia untuk memohon BSH tahun 2019.Turut dikongsikan kepada anda apakah syarat-syarat kelayakan termasuk cara kemaskini permohonan sedia ada.

Informasi Lengkap Bantuan Sara Hidup 2019
Informasi Lengkap Bantuan Sara Hidup 2019

Penting!!!! Kepada penerima BR1M 2018, anda perlu semak semula status permohonan kerana tidak semua penerima BRIM layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat. Umum sedia maklum BSH diperkenalkan pada 30 Mei lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Pemberian pertama telah dilakukan pada 6 Jun lalu manakala pemberian seterusnya adalah pada 15 Ogos lepas — pembayaran dibuat lebih awal bagi meringankan beban rakyat menjelang perayaan Aidiladha. Penerima yang layak menerima BR1M tahun ini secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Lebih 4 juta orang penerima telah menikmati pemberian BSH yang pertama pada 6 Jun lalu. Permohonan baru akan dibuka tidak lama lagi. Namun pemegang Kad Debit Diskaun Siswa TIDAK LAYAK memohon bantuan ini.

KEMASKINI BELANJAWAN 2019
Terkini dalam pembentangan Belanjawan 2019 tadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan menyalurkan peruntukan secara lebih bersasar.

Kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000. Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750. Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Berita baik!!! Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang. Kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kelainan upaya (OKU).

Dengan kata lain, bagi golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480. Jumlah ini lebih tinggi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu, iaitu hanya RM1,200.

BANTUAN SARA HIDUP GANTI BR1M

Berikut ulang siar pengumuman pemansuhan BR1M serta merta dan digantikan dengan skim BSHR. Kabinet bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada golongan sasar. Namun bantuan tersebut tidak lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ianya diganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang baru diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan.

KATEGORI BSH
Sama seperti BR1M, BSH terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:

Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Semua pemohon wajib memohon mengikut kategori masing-masing sahaja.

LHDN akan membuat semakan data yang diisi dengan jabatan-jabatan seperti JPN dan sebagainya supaya dapat pengesahan data. Sekiranya didapati pemohon cuba menipu, permohonan BSH anda akan digagalkan serta-merta.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
BSH telah  diagihkan kepada 4.1 juta penerima bermula 6 Jun lalu melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.6 bilion.

Bantuan tersebut telah  dikreditkan terus ke akaun penerima pada tarikh tersebut.

Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Selain itu, antara bank lain yang turut sama terlibat dalam proses pembayaran BSH ialah:

AFFIN BANK
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Pemberian selanjutnya adalah pada bulan Ogos 2018 nanti melibatkan kategori 2 & 3 sahaja di mana masing-masing akan menerima bantuan RM300 & RM400.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi anda yang telah memohon dan masih belum mendapat status kelulusan, anda boleh ke portal terbaru BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
(MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Anda juga boleh terus hubungi talian 1800-88-2716 atau emel ke BR1M@treasury.gov.my

KEMASKINI BSH 2019
Jika permohonan pertama anda gagal, anda masih berpeluang untuk memohon rayuan semula.

Setiap penerima Bantuan Sara Hidup perlu mengemaskini beberapa maklumat peribadi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun.

Antara maklumat yang perlu dikemaskini antaranya:

Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
Alamat surat menyurat terkini dan emel
Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank
Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris
Pengemaskinian ini penting supaya permohonan anda diterima semula bagi pemberian BSH yang akan datang.

Cara kemaskini permohonan BSHR anda hanya di sini : Kemaskini Online

Untuk kemaskini BSH 2018 secara online, ikuti langkah-langkah di bawah:

Layari portal Bantuan Sara Hidup Rakyat 
Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
Sila masukkan No. MyKad
Klik Kemaskini Permohonan
Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera

Sebarang maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bsh.hasil.gov.my/

Check Also

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy ini? Tiba-tiba sahaja nama P Waythamoorthy menjadi panas dan menjadi sebutan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *