Inilah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Di Keramat

Litar pintas bukan punca pusat tahfiz terbakar kata pihak Bomba. Semua rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya apakah punca sebenar kejadian tersebut dan Inilah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Di Keramat itu. Kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran lttifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, awal pagi tadi dipercayai bukan berpunca daripada litar pintas kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik. “Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Inilah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Di Keramat
Inilah Punca Kebakaran Pusat Tahfiz Di Keramat

Kejadian yang berlaku pagi tadi tersebut mengorbankan lebih 20 orang mangsa dan beberapa orang yang lain turut cedera termasuk ada yang kritikal. Sejak kejadian tersebut berlaku awal pagi tadi. Kebanyakan gambar, berita dan video telah tular di media-media sosial.

Jadi dikesempatan ini admin ingin memohon kepada semua rakyat Malaysia untuk tidak menyebarkan video-video dan gambar-gambar yang boleh mengganggu sensitiviti semua ahli keluarga mangsa yang terlibat. Mari kita sama sedekah kan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *