IPTA Haram Penggunaan Vape

Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara kita mengharamkan penggunaan vape atau vape dihisap di kawasan IPTA. Ini sama seperti larangan menghisap rokok atau zon larangan merokok di IPTA sebelum ini. Jadi untuk berita lanjut berkaitan perkara IPTA Haram Penggunaan Vape ini mari kita sama-sama baca laporan daripada Utusan Online di bawah ini.

Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama oleh naib-naib canselor di 20 universiti berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.Katanya, arahan larangan penggunaan vape itu dikuatkuasakan kerana pihak universiti mahu menjadikan kawasan kampus sebagai ‘zon hijau’.

IPTA Haram Penggunaan Vape

Idris berkata, penggunaan vape adalah larangan terbaru selain pihak universiti telah lama menjadikan kawasan kampus bebas daripada merokok.“Perkara ini telah diputuskan oleh naib canselor (NC) masing-masing yang memang mempunyai autonomi untuk melaksanakan sebarang peraturan tanpa melibatkan campur tangan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Ke-6 2015 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang dikelolakan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti di Dewan 2020 di sini malam tadi.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor.Antara universiti yang terlibat dalam pengharaman itu ialah Universiti Malaya (UM), Universi­ti Sains Malaysia (USM), Universi­ti Kebangsaan Malaysia (UKM), Uni­versiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jadi kepada semua penuntut IPTA di negara ini yang kaki vape mohon ambil berat perkara ini. Nanti tak pasal-pasal naik court.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *