Home » SUKAN » Irfan Bakti Jurulatih Baru Terengganu

Irfan Bakti Jurulatih Baru Terengganu

Teka-teki siapakah yang bakal menerajui pasukan Terengganu akhirnya terjawab apabila berita sah Irfan Bakti Jurulatih Baru Terengganu. Ini merujuk kepada laporan sukan BH Online berkenaan berita ini. Bekas jurulatih pasukan FELDA United itu , sah menjadi milik pasukan bola sepak Terengganu untuk saingan musim depan. Irfan Bakti, 65, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, jam 9 malam ini dan akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) esok.

Irfan Bakti Jurulatih Baru Terengganu
Irfan Bakti Jurulatih Baru Terengganu

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Rozi Mamat ketika dihubungi berkata, kontrak Irfan akan ditandatangani selepas syarat dikemukakan kedua pihak dipersetujui. “Kita akan bincang, tetapi berdasarkan perbincangan awal, kita tiada masalah untuk memenuhi syarat ditetapkan Irfan,” katanya. Irfan bukanlah jurulatih asing buat skuad penyu kerana pernah membimbing skuad penyu selama tiga musim mulai tahun 1999.

Ketika menjadi jurulatih pasukan Terengganu, skuad penyu muncul naib juara Liga Super dan berjaya ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia. Irfan juga membantu skuad penyu muncul naib juara Liga Super dan menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011. Rozi berkata, tanggungjawab yang akan digalas Irfan selepas menandatangani kontrak ialah mengenal pasti dan memilih pemain untuk menyarung jersi skuad penyu musim depan. “Irfan juga diberi tanggungjawab memilih barisan pengurusan skuad penyu termasuk penolong jurulatih,” katanya. Sementara itu, Irfan ketika dihubungi mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan PBSNT termasuk Rozi esok.

Seperti mana yang semua peminat bola sepak negara ketahui Irfan Bakti sememangnya seorang jurulatih yang sangat berkaliber. Banyak jasa beliau kepada banyak negeri-negeri lain sebelum ini. Semoga Irfan Bakti membawa kejayaan kepada pasukan Terengganu pada masa akan datang. Steady coach!! Pastinya rakyat Terengganu tidak sabar untuk menunggu line up dan taktikal pasukan Terengganu Darul Iman. Pastinya kejayaan-kejayaan dalam persaingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia sangat didahagakan oleh semua penyokong skuad Penyu atau lebih dikenali sebagai Skuad Peteh ini.

Check Also

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia

Nelo Vingada Letak Jawatan Coach Malaysia. Nampak gayanya jodoh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *