slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Izreen Azminda Sekadar Menumpang Kasih - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » HIBURAN » Izreen Azminda Sekadar Menumpang Kasih

Izreen Azminda Sekadar Menumpang Kasih

Izreen Azminda Sekadar Menumpang Kasih. Ini adalah cerita paling hangat untuk minggu ini. Kalau dalam carta kira kisah pelakon yang bernama Izreen Azminda ini berada di tangga teratas iaitu nombor satu dalam carta. Cerita begini, bermula dengan status-status kebahagian di laman instagram beliau, ramai yang boleh mengagak bahawa si Izreen Azminda ini sedang dilamun cinta. Status yang dimuat naik dan dipadam juga mendapat reaksi peminat.

Izreen Azminda Sekadar Menumpang Kasih
Izreen Azminda Sekadar Menumpang Kasih

Status yang menunjukkan Izreen Azminda sudah menjadi isteri orang. Laporan penuh korang baca laporan daripada BH Online di bawah ini.

Aktres Izreen Azminda mengakui bukan niatnya hendak merampas kebahagiaan insan lain, namun ia hanyalah sekadar takdir apabila terpaksa berkongsi kasih sayang seorang suami. Izreen, 32, yang mendapat kecaman hebat di media sosial, terkilan kerana menganggap orang ramai di luar sana menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui kisah sebenar.

“Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama. “Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya. “Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya menerusi laporan portal BH Online.

Beliau juga mengharapkan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 29, tidak mengabaikan kedudukan isteri pertama dan dua anak mereka. “Saya faham perasaan seorang isteri apabila mengetahui suaminya berkahwin lain. Saya harap suami akan mempertahankan perkahwinan pertamanya kerana saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini berlaku susulan pernikahan kami.

“Alhamdulillah, saya lega apabila mengetahui Intan Liana sudi menerima saya sebagai madunya. Saya berharap kami dapat berkongsi hidup seperti satu keluarga. Saya juga bersedia bersemuka dengannya untuk menjalin hubungan baik,” katanya. Di kesempatan yang sama, ibu kepada Muhammad Adrian Umar, 4, itu turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberikan kerjasama dalam mengulas isu itu sebelum ini.

“Saya minta maaf dan tidak bermaksud mahu menimbulkan spekulasi mengenai status perkahwinan kami sebelum ini. Ramai yang bertanya tetapi saya terpaksa mendiamkan diri kerana menanti masa yang tepat untuk menjelaskan segala-galanya,” katanya. Mengenai majlis doa selamat yang sepatutnya berlangsung pada 7 Disember ini, Izreen berkata, penjelasan yang diberikannya kini sudah memadai kerana dia enggan lagi memanjangkan perkara itu demi menjaga hati beberapa pihak.

Teka-teki perkahwinan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 ini terjawab apabila isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Saleh, 32, membuat pengakuan pasrah dimadukan dengannya. Izreen dan Ude mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor. Dengan sekali lafaz, Izreen sah bergelar isteri kepada pemuzik bebas itu pada jam 10 pagi.

Check Also

Ini Sebab Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk  

Ini Sebab Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk

Ini Sebab Kenapa Perempuan Melayu Selalu Kena Sampuk. Kenapa Perempuan Melayu selalu kena sampuk, berbanding …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88