Jangan Kaitkan Saya Dengan Mia Ahmad

Jangan Kaitkan Saya Dengan Mia Ahmad. Pelakon yang tengah meletup sekarang di menerusi drama yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3 Hati Perempuan, Syarul Ridzwan meminta beliau tidak dikaitkan ada hubungan istimewa dengan heroin drama itu Mia Ahmad.

syarul ridzwan

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim berkata, hubungan yang dijalinkan antaranya dengan Mia tidak lebih daripada sahabat dan rakan sekerja di lokasi penggambaran.

“Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon. Itu sahaja yang boleh saya katakan. Kami sahabat, sama seperti saya bersahabat dengan orang lain,” – Syarul Ridzwan

Gossip antara mereka mula timbul apabila sebuah akhbar mingguan menyatakan Syarul dan Mia dikatakan bercinta apabila mereka sering memuat naik foto di laman Instagram masing-masing. Malah kedua-dua mereka turut dilihat bermesra-mesraan ketika mengikuti sebuah rombongan ke Melaka baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *