Jawatan Kosong Bank Rakyat

Berikut admin kongsikan kepada semua pembaca tentang Iklan Jawatan Kosong Bank Rakyat yang ditawarkan untuk anda semua. Ada dua jawatan yang boleh diisi oleh anda semua. Bank Rakyat mencari warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi Jawatan Kosong Bank Rakyat berikut:

  1. Eksekutif
  2. Kerani

Untuk maklumat lanjut dan memohon secara online anda hanya perlu klik pada pautan Jawatan Kosong Bank Rakyat. Tarikh tutup jawatan kosong ini adalah pada 29 November 2015. Terdapat 20 kekosongan.

Jawatan Kosong Bank Rakyat

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM89.18 bilion berakhir Disember 2014.Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak 2002 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, kami telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.16 bilion.

Kami terus mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan yang pelbagai serta inovatif. Ia meliputi perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan pelaburan serta produk perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan pelbagai spektrum pelanggan masa kini.Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda.

Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan berkaitan industri mahupun sebagai sebuah organisasi baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.Sebagai sebuah entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kami komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.Sehingga kini, kami mempunyai 148 cawangan dengan lebih daripada 800 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 91 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *