Jawatan Kosong BERNAMA

Paneh ingin berkongsi kepada anda beberapa Jawatan Kosong BERNAMA untuk anda yang berkelayakan memohon. Tetapi sebelum itu kita baca sedikit info berkaitan sedikit latarbelakang mengenai BERNAMA. Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau ringkasnya BERNAMA, sebuah badan berkanun, ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 1967 dan mula beroperasi pada Mei 1968.Sebuah Majlis Penyeliaan terdiri daripada lima anggota yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diwujudkan untuk mengawasi supaya BERNAMA berpandukan kepada peruntukan-peruntukan Akta dalam melaksanakan objektif-objektifnya.

BERNAMA dikelolakan oleh sebuah Lembaga Pengelola yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Anggota-anggota Lembaga mengandungi seorang Pengerusi, enam wakil Kerajaan Persekutuan dan enam wakil akhbar yang melanggan dengan BERNAMA. Mereka mempunyai anggota gilir masing-masing yang juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda.Pengurusan BERNAMA diketuai seorang Pengurus Besar yang dibantu oleh sebuah Jawatankuasa Pengurusan dalam melaksanakan sebuah program dan aktiviti agensi serta keputusan-keputusan Lembaga Pengelola.BERNAMA mempunyai pejabat-pejabatnya di semua negeri di negara ini dan perwakilannya di Singapura dan Jakarta dan retainer di Washington, London. Manila, New Delhi, Dhaka, Melbourne dan Vancouver.

Jadi untuk Jawatan Kosong BERNAMA yang ditawarkan untuk kali ini ada 3 jawatan. Jadi untuk maklumat lanjut anda lihat di bawah ini.

BERNAMA RADIO24, Berita Pantas, Info berterusan mempelawa calon warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan:
PEMBANTU AM/PENYAJI MINUMAN (KONTRAK)
Kelayakan:

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
Calon haruslah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR);
Kepujian dalam Bahasa Melayu pada peringkat PMR;
Boleh berkomunikasi dengan baik;
Mempunyai pengalaman dalam penyediaan dan penyajian minuman/makanan.

Calon yang berminat di minta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran passport dan salinan kad Pengenalan pada atau sebelum hari Isnin, 1 Jun 2015 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA, Tingkat 13
No. 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) (bertempat di Kelantan)
Kelayakan:

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
Mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
Berkemahiran menggunakan aplikasi Komputer (Microsoft Office) dan boleh berkomunikasi dengan baik.
Mahir dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 31 Mei 2015 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
PEGAWAI TADBIR GRED N52 (JAWATAN SECARA PINJAMAN)
KELAYAKAN:

Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan/Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan serta sekurang-kurangnya berada pada Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N52;
Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam mana-mana yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
Keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang kesetiausahaan syarikat;
Memiliki pengalaman selama lima belas (15) tahun dalam bidang yang berkaitan;
Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
Mempunyai kemahiran berkomunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris yang baik.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 14 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *