Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Wanita

Berikut adalah Iklan Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk diisi oleh semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Jawatan kosong yang terdiri daripada 45 kekosongan adalah Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17. Jadi kepada semua yang berminat dan ingin memohon sila layari SPA.GOV . Tarikh Tutup adalah pada 17 November 2015

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Wanitaawatan

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :

“Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini”

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :

· Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), ditubuhkan pada tahun 1946,

· Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ditubuhkan pada 1966,

· Yayasan Kebajikan Negara,(YKN) ditubuhkan pada 1981,

· Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), ditubuhkan pada 2001,

· Institut Sosial Malaysia (ISM), ditubuhkan pada 2002; dan

· Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW), ditubuhkan pada 2006

NIEW telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.

Pada 15 Mei 2013, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan dibantu oleh Timbalannya, YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.

Pada 26 Jun 2014, YB Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengangkat sumpah sebagai senator dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh YAB Perdana Menteri.

YBhg. Dato’ Sabariah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 7 Julai 2014 dengan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato’ Norsham Rahin mula bertugas pada 7 Julai 2014 dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBhg. Encik Wee Beng Ee. pada 17 November 2014.

KPWKM terbahagi kepada 16 Bahagian/Unit yang dipecahkan kepada Sektor Operasi dan Strategik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *