Home » JAWATAN KOSONG » Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin

Anda sedang mencari kerja. Anda tinggal berhampiran dengan Tampin atau anda rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus. Ini ada peluang Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin (MDT) untuk anda semua isi. Kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi 9 Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin. Jawatan kosong yang terlibat adalah seperti ketetapan berikut :-

Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin
Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin

1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
2. Penolong Akauntan W27
3. Pembantu Kesihatan Awam U17
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17 – 03 Kekosongan
5. Pembantu Penguatkuasa N17 – 03 Kekosongan
6. Pengawal Keselamatan KP17
7. Pembantu Awam H11 – 11 Kekosongan
8. Pemandu Kenderaan H11
9. Pembantu Operasi N11

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2015

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus klik sahaja pada pautan ini : Jawatan Kosong Majlis Daerah Tampin (MDT) bagi iklan penuh jawatan kosong dan juga bagi memuat turun borang permohonan. Ini ada sedikit info tentang Majlis Daerah Tampin.

LATARBELAKANG
Majlis Daerah Tampin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 , hasil daripada penyusunan semula melalui peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 . Dahulu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Tampin. Luas kawasan ialah 50 batu persegi atau 12,949.94 hektar.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tampin merangkumi kawasan:

– Bandar Tampin
– Pekan Gemencheh
– Gemencheh Lama
– Gemencheh Baru
– Batang Melaka
– Air Kuning Selatan
– Gedok
– Gemas

Kawasan pentadbiran ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:-

i. Kawasan Operasi seluas 14.50 batu persegi atau 3,755.47 hektar
ii. Kawasan Luar Operasi atau Kawasan Kawalan seluas 23.25 batu persegi atau 6,021.73 hektar
iii. Kawasan Sepanjang Jalan seluas 12.25 batu persegi atau 3,172.74 hektar

Kawasan-kawasan ini meliputi 14.75 peratus daripada keluasan Daerah Tampin.

Check Also

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017 atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *