Jawatan Kosong MTIB

Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi beberapa Jawatan Kosong MTIB (Malaysian Timber Industry Board) atau dalam bahasa melayu nya di sebut Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia. (Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi) Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) seperti berikut.

1. PEGAWAI TADBIR N41/N44
2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41/E44
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27/N32
4. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E27/E32
5. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29/F32
6. PENOLONG PUSTAKAWAN S27/S32
7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17/N22
8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17/W22

Tarikh Tutup Jawatan Kosong MTIB ini adalah pada 20 November 2015. Jadi jangan berlengah lagi sila layari pautan ini JAWATAN KOSONG MTIB untuk muat turun borang dan maklumat penuh jawatan.

Jawatan Kosong MTIB
Jawatan Kosong MTIB

OBJEKTIF MTIB
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah ditubuhkan di bawah akta Parlimen pada 1 hb Jun 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Lembaga ini mempunyai sebuah Jemaah Lembaga yang mana ahli-ahlinya dilantik oleh Menteri Perusahaan Utama.

Selaras dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada MTIB melalui Akta 105 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973, Lembaga ini telah menentukan beberapa objektif penting seperti berikut:-

Memajukan lagi perusahaan kayu kayan dan meningkatkan taraf dengan penekanan ke atas pemprosesan nilai tambah;
Menggalak dan memperbaiki kaedah pemasaran keluaran kayu;
Membantu dan mengukuhkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana;
Menggubal dan menggalakkan aplikasi standards dalam pembangunan kayu dan
Memupuk semangat disiplin dalam perusahaan kayu-kayan.
FUNGSI MTIB
Dalam usaha untuk menyelaras dan mengawal industri dan perdagangan kayu-kayan supaya industri akan dapat berkembang dengan majunya dan dengan berdasarkan Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 (Pindaan) 1990, Lembaga ini telah diberi tugas-tugas seperti berikut:-

Mengatur dan mengawal perdagangan dan pemasaran dan pengedaran kayu;
Memaju dan membaiki perdagangan dan pasaran kayu;
Menyelaras aktiviti-aktiviti bagi pemasaran dan pengkapalan kayu yang berkesan;
Mengalakkan penggunaan yang berkesan bagi kayu dengan menitikberatkan pemelbagaian keluaran dan memajukan pembaikan dan ekonomi dalam cara-cara memproses kayu;
Mengadakan perkhidmatan nasihat teknik dan latihan yang dikehendaki untuk membantu dalam pembangunan perindustrian kayu yang sedia ada dan dalam penubuhan perindustrian-perindustrian baru;
Membantu perindustrian kayu dalam pemasaran kayu;
Menyusun dan membantu penyatuan perindustrian-perindustrian kayu secara – kecil dan mengintegrasi dengan lebih erat aktiviti-aktiviti perindustrian kayu pada amnya supaya mencapai kecekapan yang lebih baik dan mendapatkan asas yang lebih kukuh untuk perindustrian kayu keseluruhannya;
Mengumpulkan maklumat dan menyelenggarakan rekod untuk segala perkara yang relevan berhubungan dengan perindustrian kayu; dan
Amnya untuk membuat segalanya mengikut bdiang objektif Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 (Pindaan 1991) bagi pembaikan dan perjalanan perindustrian kayu yang berpatutan.
Dalam menunaikan fungsi-fungsinya, MTIB berkuasa untuk:-

Membuat rundingan yang bersesuaian yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi memajukan kepentingan am industri dan perdagangan kayu;
Menjalankan pemasaran kayu bagi pihak industri kecil kayu;
Menubuhkan dan menyelenggarakan pertubuhan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga bagi menunaikan tugas-tugasnya;
Melantik jawatankuasa-jawatankuasa
Di samping fungsi-fungsi yang melibatkan perkhidmatan kepada industri kayu, MTIB juga merupakan sebuah organisasi yang mengawal industri tersebut. Bagi menjalankan fungsi-fungsi itu, TIB juga mempunyai kuasa untuk:-

Menetapkan cara memohon untuk pendaftaran di bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, butir-butir yang akan diberi oleh seseorang pemohon, cara pendaftaran, bayaran yang kena dibayar baginya, syarat-syarat atau sekatan-sekatan yang akan dikenakan dan bentuk atau bentuk-bentuk perakuan yang akan dikeluarkan semasa pendaftaran;
Menetapkan standard-standard pemprosesan dan cara-cara mongering, mengawet, memeringkat, membendela atau mengemasiap kayu dan bayaran yang kena bayar untuk memeringkat;
Menetapkan standard minimum kesihatan yang akan diselenggarakan di kilang, yad-yad dan jeti-jeti;
Menentukan cara-cara menetapkan harga kayu;
Menetapkan cara yang akan diikut oleh pengeksport-pengeksport apabila mengeksport kayu;
Mengadakan peruntukan bagi menyelenggara standard-standard yang sepatutnya mengenai kelakuan dalam menjalankan perdagangan kayu dan bagi menguruskan pelanggaran-pelanggaran terhadapnya.
Menetapkan prosedur yang boleh dikuti bagi pentadbairna kumpulan wang;
Mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan Mesyuarat Lembaga dan Jawatankuasa-Jawatankuasanya;
Menetapkan had-had syarat-syarat pinjaman yang diberi kepada pekerja-pekerja Lembaga di bawah seksyen 19, Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *