Home » JAWATAN KOSONG » Jawatan Kosong PPUKM

Jawatan Kosong PPUKM

Berikut adalah Jawatan Kosong PPUKM atau Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk diisi oleh semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Jawatan Kosong PPUKM adalah seperti berikut :

  1. Jururawat U29
  2. Pegawai Sains C41
  3. Pembantu Pembedahan Pergigian U17

Jadi kepada sesiapa yang berminat segala maklumat berkaitan jawatan dan anda boleh memohon dengan hanya klik pada pautan ini : Jawatan Kosong PPUKM. Tarikh tutup adalah pada 16 November 2015.

Jawatan Kosong PPUKM
Jawatan Kosong PPUKM

Fakulti Perubatan, yang kini berusia 35 tahun, telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972 sebagai sebuah institusi perubatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengajar kursus-kursus perubatan dan kejururawatan, penyelidikan perubatan dan perkhidmatan klinikal, di bawah pentadbiran seorang Dekan. Pada mulanya, kursus perubatan yang dijalankan untuk pelajar-pelajar perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digunakan sebagai hospital pembelajaran.

Pada tahun 1997, Hospital UKM (HUKM) telah dibangunkan sebagai hospital pembelajaran untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UKM. Struktur pentadbiran HUKM diasingkan dari fakulti dan ketuanya merupakan Pengarah Hospital. Pada mula HUKM ditubuhkan, jawatan Dekan dan Pengarah Hospital dipegang oleh seorang pegawai, tetapi sejak tahun 1998, Fakulti Perubatan telah mempunyai Dekannya tersendiri dan UKM pula mempunyai Pengarahnya tersendiri.

Walaubagaimanapun, pada 20 Februari 2008, Fakulti Perubatan dan HUKM telah digabungkan untuk mewujudkan entiti yang dikenali sebagai Pusat Perubatan UKM (PPUKM), atau UKM Medical Centre (UKMMC), dengan moto Mengintegrasikan Pembelajaran dan Penyelidikan Demi Masyarakat. PPUKM diketuai oleh seorang Dekan merangkap Pengarah yang bertanggungjawab menguruskan semua bahagian akademik, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal di Pusat ini.

Dekan merangkap Pengarah dibantu oleh Timbalan Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi bersama-sama lima Timbalan Dekan yang terdiri daripada:

Timbalan Dekan Siswazah & Hubungan Antarabangsa
Timbalan Dekan Prasiswazah & Alumni
Timbalan Dekan Penyelidikan Perubatan dan Inovasi
Timbalan Dekan Perkhidmatan Klinikal
Timbalan Dekan Sumber Manusia dan Pembangunan

Ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan PPUKM yang terdiri daripada Dekan dan Pengarah PPUKM, Timbalan-timbalan Dekan, dan Ketua Pegawai Operasi bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran PPUKM berjalan lancar. Selain itu, Ketua HEJIM, Ketua Jabatan Kualiti, Ketua Jabatan Kewangan, dan Timbalan Pendaftar PPUKM yang turut menganggotai Ahli Mesyuarat Pengurusan PPUKM.

Entiti yang telah distruktur semula ini akan membenarkan fungsi-fungsi dan aktiviti-aktiviti institusi-institusi berasingan, fakulti dan hospital, untuk diselaraskan dan dijalankan dengan lebih efisien, menambahbaik produktiviti dan carakerja. Ini akan memastikan pentadbiran aktiviti-aktiviti kursus dan penyelidikan dapat dilakukan dengan lebih efisien termasuk perkhidmatan yang ditawarkan. Semua ini akan meningkatkan lagi prestasi PPUKM dan menaikkan kedudukannya di antara institusi pengajian perubatan antarabangsa.

Check Also

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017 atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada semua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *