Jawatan Kosong SPA

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Ini merupakan Iklan Jawatan Kosong SPA bagi bulan Mei 2015.

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- “Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.” Jadi mari sama-sama kita lihat apakah Jawatan Kosong SPA yang ditawarkan ini.

awatan Kosong SPA Mei 2015

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong SPA yang berikut :-

1. Pembantu Penguatkuasa Gred N17 di KPDNKK

Kumpulan: Sokongan

Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM = RM928.00

GAJI MAKSIMUM = RM3,375.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN  = RM95.00
Syarat Lantikan:
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ] atau
bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
[ Gaji Permulaan : RM928.00 ]
Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran dada biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diakui sihat sesuai oleh Pegawai perubatan kerajaan; dan
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Mealyu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau keluulsan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Membantu membuat operasi penguat kuasaan, penyediaan statistik penguat kuasaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut dan sebarang permohonan di buat di laman web SPA. Tarikh tutup 10 Jun 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *