Home » JAWATAN KOSONG » Jawatan Kosong UiTM

Jawatan Kosong UiTM

UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Selain kampus Shah Alam, ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai 12 buah kampus negeri, 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu. Dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi lebih 175,200 orang pelajar.Jom kita lihatĀ Jawatan Kosong UiTM ini.
Bagi menampung pertambahan pelajar, menjelang 2014 sebanyak enam kampus cawangan baharu akan disiapkan. Kampus-kampus tersebut adalah Kampus Puncak Alam Fasa 2, Kampus Samarahan 2 di Sarawak, Kampus Jasin di Melaka, Kampus Pasir Gudang di Johor, Kampus Seremban di Negeri Sembilan dan Kampus Tapah 2 di Perak.

Jawatan Kosong UiTM

Di samping menambahkan prasarana untuk pengajaran dan pembelajaran, sebagai universiti terbesar di Malaysia, UiTM terus memantapkan tadbir urus Satu Universiti Dua Sistem (1U2S), yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti pada tahun 2007, bagi menghasilkan satu Universiti Induk dan 12 Universiti Negeri. Dengan adanya sistem tadbir urus ini, UiTM boleh menggunakan sumbernya secara optimum bagi meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran serta khidmat kepada masyarakat.Jawatan Kosong UiTM

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan.

Tarikh tutup permohonan 15 Jun 2015

Senarai Jawatan Sila klik Link di bawah :

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/iklan/IKLAN_WEB_2015_NEW_280515.PDF

Check Also

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017

Iklan Jawatan Kosong MPOB 2017 atau Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Permohonan adalah dipelawa kepada semua …

5 comments

  1. muhamad hamka bin ali

    cm mna nk apply jawatan kosong bahagian psikologi di uitm

  2. vilashini selvaraja

    I am staff nurse..currently working in prince court medical centre in surgical ward..i would like to apply here..thank you

  3. cmna nk apply ea, da try bnyk kali tp still xdpt.

  4. intan arzuani binti ariffin

    I’m a staff nurse at ijn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *