Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan

Berikut adalah Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk diisi oleh semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jawatan Akademik ini terdiri daripada:

1) Profesor – GRED VK7

2) Profesor Madya – DS53

3) Pensyarah Kanan – DS51

4) Pensyarah – DS45

5) Guru Bahasa – DG41

Tarikh Tutup Permohonan – 30 November 2015

Untuk maklumat lanjut sila klik pada pautan : Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan

Menyahut seruan kerajaan menuju kearah Negara Berpendapatan Tinggi, UMK meneruskan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu mempertingkatkan sumber modal insan bagi memacu pembangunan Negara. Bermula dengan kewujudannya pada tahun 2007, tanpa menoleh kebelakang, UMK terus menggorak langkah untuk meneraju pendidikan keusahawanan terunggul di Malaysia bagi melahirkan graduan yang serba boleh.

Berpacukan konsep “Keusahawanan Teras Kami”, usaha menobatkan pendidikan keusahawanan tidak akan mantap tanpa tenaga kerja yang cekap dan berkesan. Bergerak di atas landasan kecemerlangan, universiti dipacu sepenuhnya oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Bin Mohamed, Naib Canselor dan disokong oleh pengurusan tinggi dan kanan serta tenaga akademik yang perkasa, kini UMK bersedia untuk menawarkan program yang berkualiti serta memenuhi kehendak pasaran. Bermula dari empat program asal (Teknologi Kreatif, Warisan, Keusahawanan & Perdagangan dan Sains Gunaan – Keusahawanan Teknologi Pertanian), kini UMK menawarkan 27 program terkini dan relevan yang ditawarkan di lima buah fakulti dan akan berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Persediaan kepada pembentukan sumber modal insan yang mantap, turut dibantu dengan sistem sokongan berkeupayaan untuk menampung kehendak pemegang taruh UMK. Staf sokongan yang bersedia sepanjang masa serta ekosistem yang efisyen membolehkan pelajar untuk mengikuti pengajian secara kondusif tanpa sebarang gangguan. Sesuai dengan perkembangan yang drastik, UMK kini bersedia untuk meneroka lebih jauh dimasa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *