Home » HIBURAN » Jehan Miskin Nikah 4 Mei Ini Dengan Gadis Korea

Jehan Miskin Nikah 4 Mei Ini Dengan Gadis Korea

 

Jehan Miskin Nikah 4 Mei Ini Dengan Gadis Korea
Jehan Miskin Nikah 4 Mei Ini Dengan Gadis Korea

Bukan artis, bukan juga wanita Melayu. Sebalik
pelakon Jehan Miskin memilih seorang wanita asal Korea untuk dijadikan
sebagai suri hatinya.

“Saya memilih gadis Korea ini sebagai isteri kerana terpikat dengan
sikap dan perilakunya yang istimewa. Lagi pun kami sudah sekian lama
mengenali hati budi masing-masing, lebih elok kalau terus mendirikan
rumah tangga.

“Insya-Allah, jika tiada sebarang masalah majlis pernikahan kami
akan berlangsung pada 4 Mei ini, hari Sabtu di Kuala Lumpur,” beritahu
Jehan kepada Utusan Online di sini, hari ini.
Tanpa mahu bercerita lebih mendalam tentang nama dan usia gadis
berkenaan, hubungan yang terjalin selama lebih lima tahun itu mendapat
restu kedua-dua belah keluarga

“Siapa dia, wajahnya dan bagaimana cinta kami bermula akan diceritakan pada hari pernikahan kami nanti.

“Apa yang penting, cinta kami direstui kedua-dua belah keluarga.
Malah, ibubapa mertua saya juga akan hadir dari Korea ke majlis
pernikahan itu nanti,” kata Jehan lagi. 

Pasangan ini memilih untuk dinikahkan dalam suasana sederhana di
Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur dengan tetamu jemputan sekitar 100
orang termasuk pihak keluarga. – UTUSAN ONLINE

Di petik dari blog : Kepohgiler.com

Check Also

Biodata Profil Zamani Slam

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5

Biodata Profil Zamani Slam Gegar Vaganza 5. Kumpulan Slam adalah kumpulan yang menjadi fenomena kepada …

5 comments

  1. berkekalan lah hendaknya..

  2. wahhh mesti cakap lemah lembut kan..mcm drama2 korea hehe

  3. Tudiaahhh.. cayalah! nak kawen ngan orang korea jugaklah camni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *