idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » SUKAN » Jenama Jersi Pasukan Liga Super 2018

Jenama Jersi Pasukan Liga Super 2018

Jenama Jersi Pasukan Liga Super 2018. Senarai syarikat Jersi Yang Menaja Pasukan Liga Super 2018. Pastinya semua peminat-peminat pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super 2018 tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui apakah jenama yang menaja jersi pasukan kesayangan mereka pada musim 2018. Seperti yang semua peminat bola sepak negara sedia maklum, pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super 2018 adalah JDT, Kedah, Selangor, Perak, Terengganu, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka United, PKNS FC, Negeri Sembilan, Pahang dan PKNP FC.

Jenama Jersi Pasukan Liga Super 2018

Senarai pengeluar jersi pasukan Liga Super 2018

Kelantan: Lotto
Selangor: Lotto
Kedah: AL
Perak: AL
Negeri Sembilan: AL
JDT: Nike
KL: Skyhawk
Melaka United: Warrix
Pahang: FILA
PKNP: Skyhawk
PKNS: Kappa
Terengganu: Kobert

Jika kita lihat kepada senarai di atas Selangor masih mengekalkan jersi berjenama Lotto dan Kelantan juga menerima tajaan jersi dari Lotto. Lotto adalah jenama tersohor Itali. Kedah dan Perak seperti biasa ditaja oleh AL Sports sebuah jenama sukan tempatan yang dibangunkan oleh Al Ikhsan Sports Sdn. Bhd dan pendatang baru Liga Super 2018 Negeri Sembilan turut mendapat tajaan Al-Sports di mana sebelum ini Negeri Sembilan ditaja oleh Kappa.

Pasukan Melaka United juga dilihat mendapat tajaan jenama baru Warrix di mana untuk musim 2017 Melaka United jersi pasukan mereka ditaja oleh jenama Kronos. Pastinya setiap penyokong pasukan yang bertanding tidak sabar lagi untuk mendapatkan jersi 2018 pasukan kesayangan mereka. -SUMBER-

Check Also

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020  

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020

Permainan Bola Sepak Futsal Dibenarkan Bermula 15 Julai 2020. Berita baik untuk semua kaki sukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.