Jenis-Jenis Insurans

Sebelum kita kupas satu persatu berkaitan jenis-jenis insurans terutamanya yang terdapat di Malaysia kita fahami apa sebenarnya maksud insurans itu dahulu. INSURANS  adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

Jelas? apakah yang dimaksudkan dengan INSURANS? Jadi jom kita ketahui jenis-jenis insurans pula.Insurans terbahagi kepada dua iaitu Insurans Hayat dan Insurans Am.

Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.

Jenis-jenis insurans

Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.

Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah:

Kematian dalam tempoh polisi
Pendapatan semasa persaraan
Penyakit
Hilang upaya

Produk utama insurans hayat termasuklah:

Polisi seumur hidup
Polisi endowmen
Polisi bertempoh
Polisi berkaitan pelaburan
Polisi anuiti
Polisi perubatan dan kesihatan

Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.

Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Risiko yang dilindungi insurans am adalah:

Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah

Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda

Kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan

Produk utama insurans am termasuklah:
Polisi motor
Polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
Polisi kemalangan diri
Polisi perubatan dan kesihatan

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *