Jerebu Kuning Tidak Berlaku

Kecoh di media-media sosial semalam tentang Jerebu Kuning di Kuala Lumpur. Telah viral di media-media sosial satu gambar bangunan KLCC telah ditutupi oleh jerebu kuning. Jerebu kuning adalah jerebu yang dikategorikan sebagai berbahaya dan boleh menyebabkan kadar IPU di sesuatu kawasan itu menjadi sangat tidak sihat. Tahukah anda bahawa Jabatan Alam Sekitar telah pun mengeluarkan kenyataan berkenaan perkara ini. Sebenarnya Jerebu Kuning Tidak Berlaku pun.

Kita ikuti laporan dari Astro Awani berkaitan perkara ini.¬†KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini menafikan kewujudan fenomena ‘jerebu kuning’ seperti yang tersebar di media sosial.Dalam kenyataan di sini hari ini, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.Jerebu Kuning Tidak Berlaku

jerebu kuning di KL

“Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).”Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning,” menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.Jerebu Kuning Tidak Berlaku

JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama — habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.Jerebu Kuning Tidak Berlaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *