Home » SUKAN » Jualan Tiket Final Piala Malaysia di Kedah Kecoh

Jualan Tiket Final Piala Malaysia di Kedah Kecoh

Jualan Tiket Final Piala Malaysia di Kedah Kecoh apabila 10,000 keping tiket perlawanan akhir di antara Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijual di Stadium Darul Aman, Alor Star habis dijual hanya dalam masa 45 minit sahaja. Kekecohan ini tercetus apabila ada segelintir dari penyokong tidak berpuas hati dengan kehabisan tiket tersebut yang habis dalam masa yang singkat.

Ada penyokong yang datang dari daerah lain dan sanggup menunggu dari jam seawal 4 pagi lagi tetapi tidak juga mampu untuk mendapatkan tiket. Walaupun seorang penyokong hanya boleh membeli had 3 keping tiket sahaja seorang tetapi ramai penyokong seperti tidak percaya 10,000 keping tiket boleh habis dalam masa 45 minit sahaja.

Jualan Tiket Final Piala Malaysia di Kedah Kecoh
Jualan Tiket Final Piala Malaysia di Kedah Kecoh

Lantaran itu, kekecohan hampir tercetus di perkarangan utama stadium apabila ada penyokong mahu menyerbu masuk ke Pejabat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA). Namun, tindakan pantas pihak polis berjaya menyuraikan keadaan sebelum ia menjadi lebih serius.Dalam pada itu, di Stadium Shah Alam, segelintir penyokong turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila tiada jualan tiket di sana, sebaliknya hanya kaunter penebusan yang dibuka bermula hari ini. “Dalam perlawanan final sebelum ini, saya datang ke sini dan boleh membeli tiket. Tetapi hari ini tidak dapat walaupun saya datang dari 5.30 pagi,” kata salah seorang penyokong di Stadium Shah Alam.

Berbeza pula apa yang berlaku di Johor Bharu. Walaupun Jualan Tiket Final Piala Malaysia di Kedah Kecoh tetapi tidak di JB> Penjualan tiket final di Stadium Larkin berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.¬†Jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini berjalan lancar dan teratur sebaik kaunter mula dibuka pada jam 9 pagi tadi. pPeminat pasukan JDT beratur dalam keadaan teratur tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini selain dikawal beberapa petugas yang berada sekitar kawasan berkenaan.

Selain ramai yang mula hadir memenuhi ruang stadium pagi tadi, ada juga peminat yang sudah ‘berkampung’ di perkarangan stadium sejak dari petang semalam lagi. Seorang peminat, Hamsyah Ismail, 33, berkata dia mula beratur di perkarangan stadium sejak malam tadi dan bermalam bersama beberapa lagi rakannya untuk mendapatkan tiket berkenaan.

“Ini bukan kali pertama kami bermalam di hadapan stadium untuk mendapatkan tiket perlawanan JDT, nasib juga malam tadi cuaca baik dan tidak hujan. “Apa yang penting hari ini kami dapat membeli tiket akhir Piala Malaysia dan tidak sabar menanti Sabtu ini untuk memberi sokongan pada pasukan JDT,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peminat, Farizul Hakimi Mohd Kasim, 29, berkata dia yang mula beratur sejak awal pagi tadi tidak menyangka dapat membeli tiket untuk perlawanan akhir itu. “Saya sampai di sini dan lihat sudah ramai beratur dengan ada yang tidur di atas tikar, mula-mula ada juga rasa tidak dapat tiket kerana kehabisan tetapi syukur akhirnya dapat juga membeli tiket perlawanan akhir ini,” katanya.

Sebanyak 72,000 tiket diperuntukkan dengan setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian. Tiket bagi dewasa berharga RM50 manakala kanak-kanak RM5 termasuk cukai GST dan perlindungan insurans. Perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Check Also

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup 2018

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup

Live Streaming Malaysia vs Laos AFF Suzuki Cup 2018. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *