Juara Parodi Ditangguh

Baru sahaja mendapat info dari Afdlin Shauki melalui FB beliau yang program suka ramai Juara Parodi Ditangguh untuk minggu ini. Ini semua adalah kerana bagi menghormati pemergian salah seorang peserta program tersebut iaitu Pak Yus. Dan program tersebut akan digantikan dengan program bagi mengingati arwah Pak Yus. Jom kita baca sendiri apa yang saudara Afdlin Shauki sampaikan di FB beliau.

Juara Parodi Ditangguh
Juara Parodi Ditangguh

Assalammualaikum, ramai yg terkejut dgn pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru baru ini dan ramai yg menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan juara parodi ini buat seminggu. Setelah berbincang dgn pihak Asto, mereka bersetuju yg minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yg telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dlm bidang seni lawak di Malaysia yg bermula di Astro Warna.

Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dgn bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yg sangat kami sayangi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman. Ameen. Assalammualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *