Kandungan Dato CT Keguguran

Pastinya ini adalah berita sedih kepada Dato Siti Nurhaliza dan juga Dato K. Kandungan Dato CT Keguguran setelah berusia dua bulan. Jadi perkhabaran yang mengatakan Dato CT mengandung sebelum ini ternyata benar. Jadi untuk mengetahui lebih jelas tentang berita Dato Siti Nurhaliza Keguguran ini kita baca sendiri apa yang Dato CT muatnaik di akaun Instagram beliau. Semuanya terjawab di situ.

Siti Nurhaliza Keguguran
Siti Nurhaliza Keguguran

“Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja. Hanya sempat selama dua bulan saya kandungkan dan Khamis minggu lepas saya keguguran. Saya redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan saya jawapan di atas setiap doa. InsyaAllah ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya,” nukil penyanyi itu di akaun Instagramnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan.”Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu “fragile”. Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir Allah telah tertulis,” ujarnya.

Takziah team Paneh ucapkan kepada Dato CT sekeluarga. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

dato siti nurhaliza keguguran
dato siti nurhaliza keguguran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *