Home » BERITA » Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk

Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk

Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk
Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk

Lepas satu satu kes pergaduhan yang terjadi di negara kita.Terbaru adalah Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk yang berlaku petang semalam.Rasanya kisah atau tragedi yang terjadi di Low Yatt masih belum reda timbul pula cerita pergaduhan terbaru.

Cuma Kejadian remaja bergaduh di Wangsa Walk ini dengar nya tidak melibatkan pergaduhan antara kaum tetapi adalah disebabkan oleh perkara remeh temeh dan tidak puas hati kepada orang lain.Jadi admin ingin kongsikan berita yang dipetik dari Mstar untuk bacaan anda semua.

KUALA LUMPUR: Lima cedera, dua daripadanya parah, dan 11 ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di pusat membeli-belah Wangsa Walk, di sini lewat petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, kesemua yang ditahan adalah remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 29 tahun.

Katanya, dalam pergaduhan pada pukul 6.50 petang itu antara dua kumpulan, seorang patah tengkok dan seorang lagi retak tulang bahu.

“Ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan remaja yang berpunca dari tindakan seorang abang yang menghalang perhubungan adiknya dengan seorang lelaki,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, lima yang cedera itu dipercayai akibat dipukul dengan kayu, batang besi, topi keledar dan sepit udang motosikal.

“Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, polis menafikan pergaduhan itu melibatkan isu perkauman.

Check Also

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018

Parlimen Malaysia Bubar 7 April 2018 itulah pengumuman khas yang telah dibuat oleh YAB Perdana …

One comment

  1. macam dah xde cara lain nak settlekan masalah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *