Home » SUKAN » Kelantan 1 Lions XII 3

Kelantan 1 Lions XII 3

Kelantan 1 Lions XII 3
Kelantan 1 Lions XII 3

Kelantan 1 Lions XII 3 

Sabtu lepas sejarah baru telah tercipta dalam sejarah bola sepak negara. Piala FA Liga Malaysia akhirnya menyeberangi tambak Johor apabila pasukan Lions XII berjaya menjadi juara apabila menewaskan Kelantan 1 Lions XII 3 pada perlawanan akhir.

Kejutan awal apabila minit awal permainan pasukan Lions XII berjaya menjaringkan gol hasil gerakan yang kemas dan cantik. Bola lorongan pemain tengah berjaya memerangkap pertahanan Kelantan seterusnya jaringan pertama  dihasilkan.

Selepas jaringan itu Kelantan melancarkan serangan bertali arus dan bukan kerana kecekapan penjaga gol Lions XII sudah pasti Kelantan sudah pun mendapat tiga gol hasil peluang satu lawan satu. Kecekapan Izwan Mahbod juga terbalas apabila beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Usaha Kelantan nyata berhasil apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Wan Zack. Tetapi semuanya bagai mimpi ngeri untuk Kelantan apabila kesilapan pertahanan Kelantan di 10 minit terakhir dimanfaatkan oleh pemain penyerang Lions XII.

Lions XII menjaringkan 2 gol dalam masa 10 minit seterusnya meranapkan peluang Kelantan sekurang-kurangnya mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan atau penentuan sepakan penalti.

Apa-apa pun tahniah kepada kedua-dua pasukan kerana mempamerkan aksi semangat kesukanan yang tinggi dan permainan berkualiti sepanjang 90 minit permainan.

Check Also

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018

Gambar Jersi Johor Darul Takzim JDT 2018 telah pun dilancarkan secara rasmi oleh pasukan JDT …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *