Kelantan Cuti Peristiwa 24 Mei 2015

Tahniah kepada pasukan Kelantan setelah berjaya menewaskan Pahang 3-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2015 di Stadium Sultan Mohamed Ke V Kota Bahru sabtu lepas. Dengan kemenangan aggregat 3-2 Kelantan akan bertemu dengan pasukan Lions XII pada perlawanan akhir 23 Mei 2015. Seperti yang kita ketahui negeri Kelantan cuti umumnya adalah pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi dengan layak ke final kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa Kelantan Cuti Peristiwa 24 Mei 2015.

Ini adalah untuk kemudahan kepada penyokong Kelantan khususnya yang akan turun dari Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan Final Piala FA 2015. Dengan cuti ini diharap semua penyokong yang turun menyaksikan perlawanan Final Piala FA 2015 mempunyai masa rehat sehari selepas perlawanan.

Merujuk juga kepada kenyataan Menteri Besar Kelantan yang berbunyi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, cuti tersebut bertujuan untuk memberi keselesaan khususnya kepada anak-anak Kelantan untuk pulang dan tidak tergesa-gesa.

“Saya sarankan agar jaga keselamatan di jalan raya dan jangan berlumba-lumba untuk cepat sampai memandangkan ruang masa masih panjang untuk perjalanan pulang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam masa yang sama, Ahmad berharap agar penyokong Kelantan dapat membawa riuh rendah dan bersukan secara sihat tanpa terlibat dengan sebarang pelanggaran etika dan insiden yang tidak bermoral.

“Saya sendiri menaruh harapan agar pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors dapat mempersembahkan aksi yang mantap pada perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai Piala FA 2015, insya-ALLAH,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *