Home » BERITA » Kemalangan Maut Bas di Bukit Tagar

Kemalangan Maut Bas di Bukit Tagar

Assalamualaikum WBT

Semalam ada satu kemalangan maut telah berlaku di lebuhraya PLUS berdekatan dengan Plaza Tol Bukit Tagar, Hulu Selangor. Menurut berita 3 orang penumpang bas telah maut dalam kejadian bas ekspress tersebut yang telah melanggar besi pembahagi jalan. Kemalangan Maut Bas di Bukit Tagar

 

Sebenarnya kan aku tak hairan sangat bila dengar berita kemalangan dekat area Bukit Tagar dan mesti ada yang maut. Bukan apa aku pernah duduk Bukit Beruntung dan housemate aku bekerja di Tanjung Malim. Jadi dia memang hari-hari melalui jalan tersebut tidak kira naik moto atau naik kereta.

Kemalangan Maut Bas di Bukit Tagar
Kemalangan Maut Bas di Bukit Tagar

Bila dia balik kerja je dia mesti ada cerita ada kemalangan kat Bukit Tagar. Setiap hari plak tu..maybe tak semua yang keluar TV atau paper kan. Tapi yang ketara sekali dekat area Bukit Tagar ni ialah bila hujan.Tidak kira la hujan lebat ke hujan renyai ke mesti ada kemalangan.Tak kira sama ada teruk ke tidak..

Bagi orang-orang sekitar Rawang dan Bukit Beruntung ni Highway PLUS dari susur keluar Highway Guthrie membawa ke arah Utara ke Lembah Beringin memang kawasan yang agak “keras” sebab jika kita flashback berita-berita kemalangan maut kat kawasan ni memang banyak.

Kebanyakan bas la tapi yang paling aku ingat pakcik yang bawa motor kene langgar dengan kereta yang menyebabkan badan nya hancur..bukan kena langgar sebuah kereta tapi banyak.Dia dilanggar lebih kurang pukul 5 pagi dan setelah dilanggar dan dilanggar lagi.Sampaikan ada anggota badan nya yang tidak dijumpai.

Jadi korang yang guna laluan ni hati-hati la ya..kalau boleh selawat ke istiqfar ke masa lalu kat kawasan ni..

Check Also

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr …

9 comments

  1. ngeri tgk berita semalam. 3 maut. ya Allah, jauhkanlah kita semua dari malapetaka ini…

  2. ngeri sgt .. ika tak penah lalu jalan tu . pape pon takziah buat keluarga mangsa .

  3. itulah , nanti jin pun masuk neraka .. setiap hari bunuh manusia .. hurm

  4. Alhamdulillah selama mana naik bas ni, x pernah lagi kena xsiden

  5. Memang kawasan yang hot jugak bukit tagar ni.. Sentiasa nakkan korban.. Rasanya antara tempat yang penunggunya agak agresif

  6. Takziah kepada keluarga arwah yg terlibat dgn kemalangan..

    semoga kita semua dilindungi dari malapetaka seperti ini..aminnnn

  7. hujung minggu ni ingat nak balik kedah naik bus, dah lama tak balik…. *blergh

  8. bahyala..seriau shida tgk huhuhu..

  9. ui ngerinyaaa jalan ni… minta dijauhkan daripada kemalangan huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *