Home » BERITA » Kenaikan Kadar Tol 2015

Kenaikan Kadar Tol 2015

Selain dari kenaikan harga minyak rata-rata pengguna jalan raya atau lebuhraya di Malaysia amat tidak sukakan berita yang akan admin kongsi ini. Beritanya tidak lain tidak bukan tentang kenaikan harga baru tol-tol di beberapa lebuhraya terlibat terutama di sekitar negeri Selangor dan ibu kota Kuala Lumpur. Mulai 15 Oktober 2015, 17 syarikat konsesi lebuh raya di Lembah Klang akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol, dengan kenaikan antara 10 sen dan RM3. Jadi melalui perkongsian grafik Astro Awani jom kita sama-sama lihat Kenaikan Kadar Tol 2015 untuk rujukan semua.

Kadar baharu itu membabitkan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya SMART, Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).Kenaikan Kadar Tol 2015

Bagi LEKAS, kenaikan kadar tol adalah di antara 10 sen sehingga RM2 manakala bagi SDE, kenaikan adalah di antara 80 sen sehingga RM4.70. Kenaikan kadar tol bagi SKVE adalah di antara 70 sen sehingga RM2.80. Kenaikan Kadar Tol 2015.

Jadi kepada semua pengguna semua laluan yang terlibat harap bertabah lah. Kita sememangnya sungguh terbeban dengan keadaan yang berlaku di negara kita sekarang. Semua pun nak naik dari minyak, barang dan sekarang tol pula. Kenaikan Kadar Tol 2015.

 

Berikut ialah carta kadar kenaikan tol bagi 14 lebuh raya yang lain: Kenaikan Kadar Tol 2015

Kadar Baru Tol 2015

Check Also

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Amerika Syarikat Iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan berita ini sememangnya mengundang kemarahan terutama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *