Home » INFORMASI » Kepentingan Insurans Kepada Manusia

Kepentingan Insurans Kepada Manusia

Kepentingan Insurans Kepada Manusia
Kepentingan Insurans Kepada Manusia

Apa yang anda semua tahu tentang insurans? Yang pasti sesiapa yang mempunyai kenderaan seperti kereta atau motosikal biasa mendengar perkataan insurans. Mana tidaknya setiap tahun pasti apabila ingin memperbaharui cukai jalan kenderaan pasti anda juga perlu memperbaharui insurans kenderaan anda.Jadi hari ini admin sedikit sebanyak akan berkongsi beberapa Kepentingan Insurans Kepada Manusia untuk rujukan anda.

Insurans ini mempunyai beberapa kategori. Tetapi untuk hari ini kita akan bercakap mengenai insurans hayat. Iaitu insurans untuk manusia. Ia sangat penting kepada diri kita.
1. Untuk melindungi pendapatan keluarga
Bagi kebanyakan keluarga, kesinambungan pendapatan adalah bergantung kepada kehidupan
dan kesihatan pencari nafkah. Insurans hayat yang secukupnya menjamin pendapatan
keluarga dalam apa jua keadaan.
2. Perlindungan kewangan ketika hilang upaya
Sekiranya pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak
terjejas.
3. Suatu pelan untuk pendidikan anak – anak
Semua ibubapa mempunyai impian yang tinggi terhadap masa depan anak – anak mereka.
Insurans hayat menjadikan impian itu suatu kenyataan.
4. Suatu tabung persaraan
Semua orang yang bekerja mengharapkan suatu persaraan yang membahagiakan. Insurans
hayat adalah langkah praktikal ke arah matlamat tersebut.
5. Suatu pelan perubatan/kesihatan
Kebanyakan orang merungut mengenai peningkatan kos bagi penjanaan kesihatan. Orang
yang bijak mengunakan insurans hayat untuk meringankan beban perbelanjaan perubatan/
kesihatan yang tinggi.
6. Suatu ukuran nilai diri
Ramai yang tidak pasti akan nilai diri mereka. Insurans hayat membolehkan anda
menghebahkan pada dunia akan nilai sebenar diri anda.
7. Sebagai pemberian untuk yang tersayang
Tidak seperti pemberian yang lain, insurans hayat adalah pemberian yang berharga dan
kekal sepanjang hayat.
8. Perlindungan perniagaan keluarga
Sesetengah perniagaan keluarga adalah untuk diwarisi dari generasi ke generasi. Insurans
hayat membantu memastikan pengekalan pusaka keluarga.
9. Sebahagian daripada pelan kewangan menyeluruh
Suatu pelan kewangan itu mungkin ringkas atau kompleks. Namun, tiada pelan kewangan
yang sempurna tanpa insurans hayat.
Jadi bagaimana? Anda sudah nampak apa Kepentingan Insurans Kepada Manusia? Jadi jangan berlengah lagi jika anda masih tidak mempunyai insurans hayat cepat-cepat pergi mendaftar dan pilih lah plan yang terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Check Also

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2018. Seperti yang semua ketahui bahawa selepas pilihanraya umum ke 14 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *