Kes Bunuh Kerat 10 di Johor

Ini adalah lebih kurang kepada kejadian ala-ala kes Mona Fendi satu ketika dulu. Kes Bunuh Kerat 10 di Johor ini tidak ubah seperti kes tersebut. Jadi untuk maklumat dan berita lanjut berkaitan dengan Kes Bunuh Kerat 10 di Johor ini admin kongsikan kepada anda laporan daripada Metro Online. Satu lagi rentetan kes pembunuhan kejam yang direkodkan di negara kita Malaysia.

Muar: Kepala dipisahkan dari badan manakala tubuh seorang remaja lelaki dipercayai berusia 19 tahun, dipotong kepada hampir 10 bahagian, dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum disorok dalam pembetung saluran air longkang sebuah rumah di Kampung Kesang Laut, di sini, hari ini.

Kes Bunuh Kerat 10 di Johor
Kes Bunuh Kerat 10 di Johor

Mangsa yang masih belum diketahui identitinya, dipercayai dibunuh tiga hari lalu, dan mayatnya dikerat-kerat sebelum dimasukkan ke dalam lima beg plastik. Polis sedang berusaha memastikan motif, termasuk kemungkinan cemburu berebutkan wanita dalam pembunuhan kejam ala kes Mona Fandey pada 1993, yang memotong mayat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, kepada 18 bahagian.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, pemilik rumah itu terhidu bau busuk ketika membersihkan rumahnya sebelum menemui pergelangan kaki lalu menghubungi polis. Polis menerima panggilan pada 3.15 petang dan sepasukan polis menemui lima bungkusan plastik mengandungi keratan tubuh manusia sebelum menemui kepala yang ditanam di kawasan berhampiran rumah itu.

“Kami percaya mangsa adalah lelaki berusia bawah 20 tahun dan dibunuh di tempat lain. Berdasarkan keadaan anggota badan, kejadian mungkin berlaku lebih tiga hari lalu,” katanya yang ditemui di tempat kejadian. Polis juga sedang menyiasat tempat dan cara mangsa dibunuh serta senjata yang digunakan, termasuk bagi mengerat mayat.

Setakat ini, seorang lelaki juga berusia bawah 20 tahun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran tempat kejadian bagi membantu siasatan. “Setakat ini, kita dapati suspek tiada rekod jenayah lampau,” kata Mohad Idris. Menurutnya, semua anggota badan itu dihantar ke Hospital Tangkak dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak. “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *