Home » Uncategorized » Kes Rogol Atlet SUKMA 2013, Tiga Ditahan

Kes Rogol Atlet SUKMA 2013, Tiga Ditahan

SHAH ALAM – Tiga atlet bola baling, berumur antara 18 dan 19, telah ditahan berhubung kes rogol rakan sepasukan daripada skuad wanita dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2013.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau berkata, ketiga-tiga atlet berusia 18 hingga 19 tahun terbabit kini direman seminggu bermula tangkapan.

“Kita percaya tiga individu ini ada maklumat yang kita perlukan bagi menyiasat kes tersebut.

“Kita tak boleh dedahkan apa-apa lagi kerana siasatan sedang dijalankan menjurus pelbagai aspek mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya, hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar media arus perdana melaporkan bahawa atlet bola baling wanita berusia 19 tahun itu mendakwa dirogol bergilir-gilir dalam keadaan separuh sedar di bilik penginapan sebuah kolej di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Rabu lalu.

Laporan sama turut menyebut, sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan meneguk minuman keras bersama beberapa atlet bola baling lelaki pasukannya di sebuah gelanggang bola keranjang bagi menghilangkan tekanan setelah pasukan mereka kalah dalam perlawan di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Selepas itu, mangsa dikatakan dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan kolej oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Menurut laporan tersebut, mangsa sedar kira-kira jam 4 pagi dan mendapati dirinya dalam keadaan bogelserta dihimpit oleh seorang lelaki.

Lelaki itu serta rakannya bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir.

Mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sebelum tiga atlet lelaki itu ditahan polis di perkampungan sukan berkenaan pada petang Jumaat lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej sukan negara amnya dan perbuatan jenayah dalam kalangan atlet, khasnya.

“Laporan ini amat serius. Kita akan lakukan siasatan lanjut dan terperinci mengenai kes ini,” katanya.

– Bernama

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

4 comments

  1. macam2 hal sekarang.. benda yang tak sangka boleh jadi.. hurmmm

  2. huhuhu bergilir-gilir tu.. :'(

  3. yg pi gatal togak arak tu sape sruh. sah2 akan separa sedar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *