Home » INFORMASI » Kiosk Tukar Kad Debit Maybank

Kiosk Tukar Kad Debit Maybank

Kiosk Tukar Kad Debit Maybank
Kiosk Tukar Kad Debit Maybank

Tahukah anda kad bank yang tiada perkataan mydebit dan visa paywave tidak boleh digunakan pada tahun 2017. Jadi secara berperingkat-peringkat dari pertengahan tahun ini sehingga sekarang ramai yang dah menukar kad bank mereka kepada kad bank yang baru ini. Sebelum ini admin pernah kongsikan kepada pembaca bagaimana cara menukar kad bank baru (Maybank) secara online di SINI. Seperti yang diketahui sebelum ini ada dua cara untuk tukar kad bank baru bagi Maybank. Satu secara pergi ke kaunter bank dan dua secara online Maybank2U. Hari ini admin kongsikan 1 lagi cara iaitu melalui Kiosk Tukar Kad Debit Maybank.

Haaa, Berita Baik! Sekarang ni ada cara terbaru untuk tukar kad debit anda. Caranya mudah dan cepat. Semudah A. B. C!

Cara ringkas :
A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.

B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).

C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.

Tadaaa, dalam Seminit je dah siap! Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Menarik kan?!

Buat masa sekarang, hanya beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.

Waktu operasi :
Cawangan Maybank terpilih :
6 pagi – 12 tengah malam

Cawangan Maybank di Pasaraya :
Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi – 10 malam)

Ok, sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni.

Jika bermanfaat, boleh Share dengan kengkawan.

P/S: Sila tukar ATM lama anda sebelum 31 Disember 2016 untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Perkongsian daripada Firdaus Pay

Check Also

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy

Siapa Sebenarnya P Waythamoorthy ini? Tiba-tiba sahaja nama┬áP Waythamoorthy menjadi panas dan menjadi sebutan di …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *