Home » INFORMASI » Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral

Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral

Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral beberapa hari lepas. Buka sahaja facebook pasti ada sahaja perkongsian gambar gadis comel yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ini. Jadi kami di berita viral terkini ingin kongsikan kepada anda semua pembaca setia kami tentang Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral tersebut. 

Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral
Kisah Disebalik Gadis Guard Yang Viral

Dia tidak melanjutkan pelajaran selepas Tingkatan Dua. Dia berhenti sekolah untuk membantu menyara keluarga. Niatnya cuma satu. Dia mahu membantu ibunya menyara keluarga selepas ayah yang dicintainya kurang sihat dan sakit. Ayah Yuni sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan dan pernah terlibat dalam kemalangan sebelum menjalani pembedahan. Kami tidak bertanya mengenai kemalangan itu sama ada berlaku di tempat kerja atau ketika naik kenderaan.

Yuni tidak tahu lanjut mengenai kesakitan itu kerana menghormati sifat rahsia ayahnya. Apa yang diceritakan kepada kami ialah: Ayahnya masih rasa sakit pada bekas tempat kena bedah dan tak larat mengangkat beg simen lagi. Bagi mereka yang kurang arif macam kami, berat satu beg simen ialah 50 kilogram. Yuni meminta ayahnya untuk berhenti kerja. Tugas itu dipikul dirinya. Sebelum jadi Guard, Yuni ada bekerja sebagai promoter, tukang fotostat dan juruwang.

Gaji kerja Guard diguna untuk membayar sewa rumah RM500 di Kampung Pandan. Ibunya pula menanggung kos-kos lain, bil api termasuk barang dapur. Sebelum kami lupa, ibu Yuni bekerja di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur. Yuni anak sulung dari dua beradik. Adik perempuan yang akan ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Semoga sukses adik. Kami bertanya kepada Yuni… Kalau ada peluang belajar, nak belajar apa? Jawapannya dia minat jadi penulis.

Kami minta Yuni kongsi nasihat kepada orang muda dan gadis lain: “Kepada orang muda dan gadis gadis lain yg tak berkerja dan dapat peluang kerja pengawal ni . Kerja jelah. “Kerja ni seronok sebab dalam masa yg sama kita boleh berkenalan dengan orang yg kita tidak kenal. Kita masih muda, kerja pengawal ni boleh dijadikan pengalaman. “Kerja ni tak adalah teruk mana. Biasa je. Tapi kena ikhlas. Saya tahu kerja ni juga amat tercabar dari segi emosi kerana setiap hari kita akan disalahkan dan dimaki walhal kita hanya menjalankan tugas. Fikir positif, dari situ kita akan belajar lagi tabah dan sabar.”

Kepada mereka yang susah, kami juga dapatkan nasihat Yuni untuk anda: “Saya cuma nak pesan untuk yg susah tu cubalah kerja pengawal. Bukan nak promote. Tapi tak salah kita cuba sesuatu yg lain dan cari pengalaman yg lain dari yg lain. “Kerja ni taklah teruk mana. Kita hidup sekarang ni semua berbayar semua mahal. Janganlah memilih. Percaya rezeki Allah ada di mana-mana . Dia Maha Pemberi.”

Kisah ini diambil daripada perkongsian FB Budak Gonjeng dan gambar adalah dari FB Yuni sendiri. Semoga perkongsian ini menjadi teladan kepada semua. Jika kita ingat kita ini susah ada lagi orang lain yang lebih sudah dari kita. Jadi kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Check Also

Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Semakan Daftar Pemilih Online SPR

Semakan Daftar Pemilih Online SPR. Tahun 2018 adalah tahun di mana pilihanraya umum (PRU) akan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *