Home » Uncategorized » KISAH SITI AISYAH YANG DIKURUNG 30 TAHUN DI LONDON

KISAH SITI AISYAH YANG DIKURUNG 30 TAHUN DI LONDON

KISAH SITI AISYAH YANG DIKURUNG 30 TAHUN DI LONDON 

Memang sedih bila anak harapan yang diharap dapat menyumbang bakti kepada keluarga dan negara hilang secara tiba-tiba. Dan selepas 30 tahun, kejadian malang gadis bernama Aisyah itu terurai.
Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

Ianya diceritakan oleh sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab berkata, beliau yakin kakaknya yang berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

“Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

“Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya kepada akhbar British itu.

SUMBER : ABG TEROR

Check Also

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Cara Semak Tunggakan PTPTN Secara Online

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN atau nama penuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Anda …

8 comments

  1. wow….malay rupenye ingatkan chinese.huhu

  2. tapi kenapa baru skrg baru nak diwar2kan & menjejaki dia?????

  3. Sebelum ni ade tak keluarga aishah ni tampil buat laporan? 30 tahun lama tu..

  4. Hairan ye… knp skrg baru keluarga aisyah sibuk kat dada akhbar..kenapa tak dari dulu lagi siasat .kat badan2 kerajaan.

  5. Hairan ye… knp skrg baru keluarga aisyah sibuk kat dada akhbar..kenapa tak dari dulu lagi siasat .kat badan2 kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *