Home » BERITA » KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari

KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari

KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari
KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari

Berkemungkinan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Lebuhraya Karak akan menyebabkan ianya KM 52.5 Kuala Lumpur Karak Ditutup 2 Hari. Ini adalah jangkaan dari pihak konsesi tentang kerja-kerja pembersihan yang sedang dijalankan. Admin merujuk kepada laporan dari pihak Sinar Harian.

“ANIH Berhad menjangkakan kawasan Kilometer 52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur -KarakĀ  yang berlaku kejadian banjir lumpur akan dibuka
sepenuhnya selewat-lewatnya dalam tempoh dua hari. Presiden Anih Berhad, Datuk Dr Azmil Khalid berkata, pada masa ini kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan.”

Oleh itu, dinasihatkan kepada semua pengguna Lebuh Raya Karak yang melalui laluan tersebut supaya menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Seperti yang diumumkan pada malam tadi jalan alternatif ke Kuala Lumpur adalah melalui Simpang Pelangai Bentong dan terus ke Seremban.( gambar dari Fb Kuantan )

Info dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)

Untuk Makluman,
Kerja-kerja pembersihan laluan dari Kuala
Lumpur ke Kuantan telah selesai, walaubagaimanapun kenderaan yang
terhalang dari meneruskan perjalanan dari semalam sahaja dibenarkan untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Kerja-kerja pembersihan bagi laluan Kuantan ke Kuala Lumpur masih
dilaksanakan dan dijangka akan mengambil masa kerana lumpur terlalu
banyak.
Demi keselamatan pengguna, laluan di kedua-dua hala masih
ditutup kerana terdapat pergerakan air daripada atas bukit di tempat
kejadian.
Pengguna dicadangkan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif buat masa ini.

 

Check Also

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH

Rakyat Perlu Sabar Beri Peluang Kepada PH kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *