Home » BERITA » Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah

Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah

Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah
Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah

Berikut adalah komen Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hassan berikutan penyebaran satu audio di laman-laman sosial ngan mengaitkan beliau dengan YAB Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Najib Razak. Jom kita baca¬†Komen Tok Mat MB N9 Isu Audio Fitnah tersebut dan viralkan supaya semua orang tahu cerita sebenar.

KENYATAAN MEDIA YAB DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN,
MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN BERHUBUNG PENYEBARAN RAKAMAN AUDIO
PEMBOHONGAN DAN FITNAH BERKAITAN YAB PERDANA MENTERI, DATO’ SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABD RAZAK

1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan
oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai YAB Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang memuatkan kenyataan oleh
seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari
suara saya.

2. Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena
mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan
individu itu.

3. Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan
dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu
terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan
seorang guru.

4. Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya
berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu
melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti
UMNO mahupun dalam kerajaan.

5. Saya menggesa semua pihak supaya
tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh
pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya.

Sekian, terima kasih

YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Menteri Besar Negeri Sembilan

Check Also

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam

Tun M Umum Bonus Aidilfitri RM400 Penjawat Awam. Tun Dr Mahathir Mohamed YAb Perdana Menteri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *