Home » BERITA » Komen Tok Mat Selepas BN Menang

Komen Tok Mat Selepas BN Menang

Komen Tok Mat Selepas BN Menang di pilihanraya kecil (PRK) DUN Semenyih malam tadi. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Syukur alhamdulillah.

Kemenangan adalah satu tanggungjawab, atas kerja keras dan pengorbanan semua yang terlibat. Sesungguhnya, melalui niat dan tekad yang ikhlas, apa sahaja boleh kita capai, asalkan ia adalah untuk kebaikan agama, bangsa dan tanahair Malaysia.

Komen Tok Mat Selepas BN Menang

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jentera UMNO, parti komponen Barisan Nasional, sahabat dan rakan yang sentiasa menyokong. Tidak lupa juga kepada kepimpinan dan warga PAS serta jentera mereka yang turut serta bertungkus-lumus bersama Barisan Nasional berkempen.

Segala penat lelah, panas terik dan keringat kita adalah untuk Malaysia yang dicintai. Kerana rasa tanggungjawab dan prihatin, amanah yang kita baru perolehi ini akan digunakan sebaik mungkin untuk menegakkan kebenaran dan nasib mereka yang terpinggir oleh pentadbiran kerajaan Malaysia hari ini.

Semoga Allah S.W.T merahmati usaha dan perjalanan kita.

Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO

Check Also

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari

Pahang Cuti 23 Mei 19 Tempoh Berkabung 40 Hari. Negeri Pahang mengumumkan cuti umum esok …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *