Home » SUKAN » Lim Teong Kim Dipecat

Lim Teong Kim Dipecat

Jurulatih skuad muda bawah 16 tahun negara Lim Teong Kim Dipecat oleh FAM. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam. Selepas tersingkir dari saingan Piala AFC Bawah 16 Tahun, ketua jurulatih skuad muda Lim Teong Kim dipecat serta-merta.Kegagalan di peringkat kumpulan itu sekali gus bermakna impian untuk melihat skuad muda negara beraksi pada saingan Piala Dunia Bawah 17 Tahun di Peru berakhir.

Lim Teong Kim Dipecat
Lim Teong Kim Dipecat

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, berkata keputusan pemecatan itu berkuatkuasa serta-merta atas arahan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin. “Keputusan dibuat berdasarkan prestasi skuad negara yang tidak melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Datuk Hamidin sudah pun mengarahkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal memanggil Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia FAM bermesyuarat bersama Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo secepat mungkin untuk membentuk panel pemilihan bagi mencari pengendali baharu skuad B-16 kebangsaan dan cadangan mereka itu akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk diputuskan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Bagaimanapun Stuart menegaskan FAM tidak mengikat sebarang kontrak dengan Teong Kim, sebaliknya jurulatih itu mempunyai perjanjian dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN). “Kuasa FAM terhad kepada pelantikan ketua jurulatih dan panel penolongnya, tetapi Teong Kim masih mempunyai baki kontrak bersama majikannya. Terpulang kepada KBS untuk menentukan masa depan Teong Kim,” kata Stuart.

Dalam pada itu, Stuart mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang tampil memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad negara. “FAM menghargai sokongan penyokong dan kami berharap kelompok pemain ini akan diasuh dan matang untuk dijadikan teras skuad senior dalam masa lima dan enam tahun akan datang.”

Skuad B-16 Malaysia dibarisi kebanyakannya kelompok pertama yang dibentuk menerusi Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) sejak empat tahun lalu. Skuad negara melakar kemenangan di saingan pembuka tirai dengan menewaskan Tajikistan 6-2, tetapi kemudian tewas 4-2 dengan Thailand dan ditundukkan Jepun 2-0 pada aksi pagi Khamis.

 

Check Also

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup

Malaysia 2 Vietnam 2 AFF Suzuki Cup 2018. Berikut merupakan keputusan untuk perlawanan akhir pusingan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *