Lirik Lagu Material-Yuna

Lirik Lagu Material-Yuna

Siapa tidak tahu akan lagu-lagu seperti Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang dan Decorate bukan? Ini semua adalah lagu-lagu popular milik artis Malaysia bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna.  Beliau merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam. 2015 Yuna muncul dengan single terbaru beliau yang diberi tajuk Material. Jadi jom kita sama-sama layan Lirik Lagu Material-Yuna ini bersama-sama.

Lirik Lagu Material-Yuna

Aku mahu makan malam di hotel
Sepatu ku hanyalah dari Channel
Mahu lebih bagus dari mu ooo
Tumpukan perhatian mu kepada ku

Lihatlah baju menyarung tubuh ku
Prada Gucci Louis Vuitton
Ku perlukan semua itu ooo
Material yang menggembirakan aku

Material ori diri ku
Material pasti semua cemburu
Material ooo ooo ooo ooo

Mahu berkawin dengan orang kaya
Yang boleh belikan aku apa saja
Mahu lebih bergaya dari mu oo
Wang ringgit dan dollar tu bukan isu

Apa yang kau cuba lakukan
Tiada siapa yang cemburu
Material yang engkau mampu
Tak bisa membahagiakan ku
Keluarga kawan iman diri ku
Itu saja harta dunia yang ku perlu

Material tak perlukan semua itu
Material bukan penting untuk ku
Material itu bukan yang ku mahu
Material aku bukan seperti mu

Macam mana dengan lagu ini? Ok ke tidak.Admin dengar pertama kali beberapa hari lepas dan merasakan lagu ini akan diterima oleh semua peminat-peminat Yuna. Jadi semoga anda semua terhibur dengan Lirik Lagu Material-Yuna.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *