Home » Uncategorized » Lirik Lagu Suasana Hari Raya – Anuar & Elina

Lirik Lagu Suasana Hari Raya – Anuar & Elina

Lirik Lagu Suasana Hari Raya – Anuar & Elina

Anuar
Berlalulah sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Elina
Bertukar senyuman dan salam
Ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan
Saling memaafi
Suasana Hari Raya
Walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan
Dan mententeramkan jiwa

Korus
Anuar
Kuih dan muih
Beranika macam
Makanlah jangan
Hanya dipandang

Elina
Ketupat rendang
Sila nikmati kawan
Penat memasak
Malam ke pagi

Anuar
Wajik dan dodol
Jangan lupakan
Peninggalan nenek
Zaman berzaman

Elina
Asyik bersembang
Pakcik dan makcik
Hai, duit raya
Lupa nak diberi

Anuar & Elina
Berlalulah sudah Ramadan
Sebulan berpuasa
Tiba Syawal kita rayakan
Dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira

Ulang Korus

Check Also

Video Live Detik Pesawat TransAsia Taiwan Terhempas #GE235

Video Live Detik Pesawat TransAsia Taiwan Terhempas #GE235 Admin ingin kongsikan Video Live Detik Pesawat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *