Home » HIBURAN » Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia akibat serangan jantung. Takziah diucapkan kepada pelakon sado Zul Ariffin atas berita pemergian ibunda tercinta beliau semalam. Ibu kepada pelakon popular Zul Ariffin itu, Robiah Nasir, meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi semalam.

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia
Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia

Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada Zul di Sungai Penchala, Damansara. Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail.

“Ibu saya memang sakit jantung namun saya tidak sangka dia pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung. “Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin,” kata Zul ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. Rata-rata peminat terutama di kelab peminat Zul Ariffin FC di laman sosial mengucapkan takziah kepada pelakon drama Titian Cinta itu.

Mak Zul Ariffin Meninggal Dunia menjadi perbualan netizen semalam. Jadi kepada semua ahli keluarga Zul Ariffin pihak BVT ingin mengucapkan sekalung takziah. Kepada semua pembaca-pembaca BVT marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu Zul Ariffin iaitu arwah Robiah Nasir. Sekali lagi takziah diucapkan.

Check Also

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua

Sinopsis Drama Syurga Yang Kedua & Senarai Pelakon. Seperti yang semua yang meminati drama jam …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *