Home » BERITA » Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow

Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow

Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow
Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Fahmi kerana menjadi rakyat Malaysia Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Di Moscow. Memetik laman FB Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia admin kongsikan berita gembira ini untuk semua rakyat Malaysia. Jom kita baca berita tersebut.

Peserta Malaysia, Abdullah Fahmi Bin Che Nor, 32 tahun yang berasal dari negeri Kelantan telah dinobatkan sebagai johan dalam “17th Moscow International Quran Reciting Competition” di Moscow, Rusia. Majlis yang dianjurkan oleh Russia Muftis Council itu telah berlansung sepanjang 23-25 September 2016.

Sebanyak 30 buah negara telah menghantar penyertaan yang dibuka kepada kategori tilawah lelaki sahaja. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah yang diadakan pada 25 September di Crocus City Hall, Moscow telah disempurnakan oleh Chairman of the Russian Muftis Council and the Spiritual Board of Muslims of the Russian Federation, Mufti Sheikh Ravil Gaynutdin.

Selaku johan, peserta Malaysia menerima hadiah berupa wang tunai USD 5000.00 beserta plak dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan.

Check Also

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti

13 Wakil Rakyat UMNO Sabah Keluar Parti dan menyebabkan UMNO Sabah kini menjadi lumpuh apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *